Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Masalah Kaum Di Madinah


Huraikan bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. menangani masalah-masalah yang ditimbulkan oleh kaum-kaum yang terdapat di Madinah setelah baginda berhijrah ke kota tersebut.        

Pendahuluan :

  • Keadaan demografi kota Madinah.         
  • Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.
  • Perpecahan masyarakat Madinah sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w.        

Isi :

Cara-cara Nabi Muhammad s.a.w. menangani masyarakat Madinah :

  • Masalah permusuhan tradisi di antara puak Aus dan Khazraj hingga membawa kepada perang Buath  Nabi Muhammad s.a.w. menanganinya menerusi ikatan persaudaraan yang dinamakan dua kaum itu dengan puak Ansar, di samping meningkatkan akidah mereka.
  • Masalah sosio ekonomi kaum Muhajirin, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. mempersaudarakan kaum Muhajirin dengan kaum Ansar dengan persaudaraan Islam dan diikatkan dengan satu perjanjian yang terkandung dalam Perlembagaan Madinah.

Yahudi Bani Qainuqa :

  • Merekalah yang mula-mula melanggar perlembagaan  Madinah dengan menjatuhkan maruah seorang wanita Islam Ansar di kedai Yahudi di pasar Madinah. Seorang islam yang melihat kejadian itu membunuh yahudi tersebut dan orang yahudi membalas pula dengan membunuh orang Islam tadi. Seterusnya memperkecilkan kemenangan dan kebolehan orang Islam dalam perang Badar .
  • Nabi mengingatkan Bani Qainuqa tentang akibat perbuatan mereka itu tetapi meraka mencabar nabi dan mengistiharkan perang .
  • Nabi melawan kekerasan dengan kekerasan dan Bani Qainuqa bertahan di kubu mereka  selama 15 hari .Akhirnya mereka bersetuju dengan keputusan Nabi supaya mereka keluar dari Madinah. Seramai 700 dari mereka meninggalkan  kota Madinah ke Syam . Mereka dibenarkan membawa harta benda bersama. kecuali senjata mereka dimusnahkan

Yahudi Bani Nadhir :

  • Mereka menuntut ganti rugi/diyah yang tinggi diatas kematian seorang  lelaki Yahudi yang terbunuh secara tidak sengaja oleh seorang Islam bernama Amru b Umaiyah. Nabi dan para sahabat mengadakan perbincangan dengan ketua Bani Nadhir tetapi mereka mengambil kesempatan untuk membunuh nabi Muhammmad saw tetapi gagal kerana diberitahu oleh malaikat Jibril melalui wahyu (surah al Maidah : 11).
  • Mereka juga menghina orang Islam yang tertewas dalam perang Bir Maunah dan al-Raji
  • Nami Muhammad saw menceritakan pakatan jahat kaum Yahudi ini .Tentera islam bersiap untuk memerangi Bani Nadhir dan seterusnya mengepung perkampung Bani Nadhir selama enam hari dan mereka menyerah kalah.. Meraka  meminta izin untuk keluar dari Madinah dengan membawa harta benda bersama kecuali senjata.Permintaan ini dipersetujui oleh Nabi dan mereka seramai 600 orang keluar ke Khaibar dan menetap di sana manakala yang lain  pula pergi ke Syria.

Yahudi Bani Quraizah :

  • Membuat pakatan sulit dan bersubahat dengan puak Musyrikin Makkah dan menentang tentera Islam dari dalam kota Madinah semasa perang Khandak ( 5H ).
  • Satelah selesai peperangan Nabi Muhamad saw telah menyerahkan kes  Bani Quraizah kepada  Sa’d  b  Muadh ( ketua suku Aus) untuk dibicarakan. Setelah membuat petimbangan yang wajar dengan merujuk kepada kitab Taurat dan al-Quran gologan pembelot mesti dihukum bunuh .Semua kaum lelaki mereka di bunuh manakala kanak-kanak dan wanita dijadikan tawanan. Kerana setiap kali orang Yahudi di beri pengampunan mereka akan datang menyerang semula.

Golongan Munafik :

  • Mereka bersepakat dengan orang Yahudi dan tidak menyertai sebarang peperangan menentang musyrikin ,malah melarikan diri daripada medan Perang Uhud, memfitnah orang-orang Islam, membantu pihak musuh menentang orang-orang Islam dalam Perang Ahzab dan membina Masjid Dhirar bagi memecahbelahkan perpaduan umat-umat Islam.
  • Nabi Muhammad saw tidak mengambil apa-apa tindakan sebab sesama Islam takut dituduh memusuhi Islam.Baginda menasihat para sahabat supaya berhati-hati dengan orang munafik.Baginda memulau golongan ini sebagai contoh tidak membalas salam mereka.Perlembagaan Madinah mengikat tindakan orang munafik dengan mengatakan orang Islam bersaudara dan tidak boleh bermusuha.

Perlembagaan Madinah :

  • Memperkenalkan Perlembagaan Madinah bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh semua golongan di kota Madinah.

Masjid :

  • Memperluaskan fungsi masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat dan pentadbiran.

Ekonomi :

  • Penindasan ekonomi oleh kaum Yahudi dan tindakan Nabi s.a.w  ialah  menggalakkan orang Islam berniaga di pasar Madinah, menebus tanah-tanah yang terlepas ke tangan Yahudi. Membawa masuk benih-benih kurma berkualiti untuk meningkatkan  ekonomi umat Islam. 

Kesimpulan :

Sebagai seorang negarawan yang unggul, baginda telah membuktikan ketokohannya.  Bangsa-bangsa Arab telah berjaya disatukan dan sebuah negara Islam yang tidak berlandaskan perkauman telah berjaya ditubuhkan.

7 Responses

  1. bagusnya
    banyak info…

  2. asmida farouk says:

    sangat mnarik utk di baca..

  3. ana says:

    Kaum Yahudi sejak zaman kitab taurat memang memusuhi Islam yang dibawa baginda Rasulullah SAW.

  4. anna says:

    good information :)

  5. Noor Syafiqah Azani says:

    banyak dapat info baru.. tq

  6. izzah says:

    boleh tahu daripada rujukan mana? utk kajian saya

  7. faqihah says:

    sebab cerita yang pernah korang baca saya pernah mengalami nye, blok ni saya pegag,cikgu jamali bagi blok dia kepada saya,dan saya sedia menungu komen korang semua

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Tarikh Hari Ini…

Hits Sejak Sept. 2008

  • 1,652,741 pengunjung

Kalendar 2014

July 2014
M T W T F S S
« Jun    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Komen Anda

zaman on Hebatnya Lalat…

Top Rated

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 182 other followers

%d bloggers like this: