Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Kurikulum Pendidikan Dalam Tamadun China


Huraikan perkembangan kurikulum pendidikan dalam Tamadun China.

Pengenalan :

  1. Latar belakang Tamadun China – di persekitaran Lembah Sungai Hwang Ho.
  2. Kurikulum merujuk apa yang berlaku dalam kelas yang melibatkan pengajaran,penilaian,pembelajaran, dan bahan-bahan.
  3. Tetapi zaman Dinasti Chin, falsafah Legalisme yang diasaskan oleh Han Fei Tsu lebih dominan.

Isi – isi penting :

Tahap pendidikan :

  1. Guru daripada bekas pegawai kerajaan yang hilang pekerjan atau ahli akademik yang gagal peperiksaan. Pendidikan tertumpu kepada menghafaz tulisan ideogram dan sembilan buah buku suci tanpa memahami makna.
  2. Peringkat menengah – Tumpuan diberi kepada latihan dalam menghasilkan karangan dan sastera serta pengkajian esei.
  3. Kurikulum peringkat tinggi-Tumpuan kepada menterjemahkan buku suci ke dalam bahasa China moden,menjelaskan kandungan buku suci dan penulisan esei.

Zaman Dinasti Shang :

  1. Semasa zaman pemerintahan Dinasti Shang,kurikulum pendidikannya meliputi kemahiran dalam sistem tulisan bergambar atau ideogram.
  2. Terdapat lebih 3,000 simbol atau tulisan bergambar yang harus dihafal oleh para pelajar.
  3. Mereka yang dapat menguasai sistem tulisan ini dapat menjadi jurutulis.

Zaman Chou :

  1. Zaman pemerintahan Chou Barat diwujudkan untuk anak bangsawan di ibu kota dan bandar-bandar lain.  Sekolah untuk orang biasa disediakan di feudal iaitu kampung dan kampung kecil.  Terdapat pendidikan asas dan sekolah lanjutan bagi pemerintah dan orang awam.  Kurikulum – terdiri daripada 6 bidang seni  (muzik,memanah,penulisan,matematik,memandu kereta kuda beroda dua dan pelbagai upacara dan adat istiadat).
  2. Sistem pendidikan zaman ini adalah liberal dan menekankan pemahaman dalam menimba ilmu (kaedah menghafal dikutuk).  Confucious berpendapat belajar tanpa pemahaman adalah pembaziran.
  3. Chou Timur – perubahan sosial membawa kelahiran “Hundred School of Thought”
  4. 100 school of Philosophy berkembang bila wujudnya penyelewengan dalam kerajaan dan peperangan. Ahli falsafah sering bertemu untuk berbahas dan bertukar pendapat.
  5. Negeri feudal memberi keutamaan kepada bidang pendidikan dan bersaing untuk menarik golongan intelektual.
  6. Kurikulum pendidikan golongan terpelajar berusaha untuk melahirkan golongan pelajar yang berani mengkritik dan mengamalkan tradisi menghormati diri sendiri.

Dinasti Chin :

  1. Berasaskan falsafah legalisme. 
  2. Pemerintah tidak mahu ada sebarang kesan masa lampau khasnya yang berkaitan dengan ajaran confucious. 
  3. Sisten tulisan dipermudah dan disatukan.

Dinasti Han :

  1. Universiti pertama ialah Universiti Nasional yang mempunyai 30,000 pelajar.
  2. Peperiksaan terbuka kepada awam tetapi sebenarnya , diduduki golongan kaya sahaja.
  3. Sebuah sekolah khas untuk melatih pegawai kerajaan telah ditubuhkan di wilayah Changan dan sekolah biasa didirikan di seluruh negara.
  4. Contoh Su Ma Chien yang mendapat gelaran Bapa Sejarah Negara China.

Kesimpulan :

Pendidikan rasmi di China berkembang melalui dikri pemerintah. Tumpuan utama pendidikan ialah untuk memajukan sensitiviti moral dan rasa tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 186 other followers

%d bloggers like this: