Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Khalifah


Bincangkan kaedah pemilihan khalifah pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin .

Pendahuluan :

  • Latar belakang pemerintahan khulafa al-Rasyidin.
  • Pengertian Khalifah.
  • Ciri-ciri kepimpinan Khalifah.

Isi :

Pemilihan secara Baiah :

  • Perlantikan secara persetujuan orang ramai tanpa ada calon.
  • Perlantikan Abu Bakar telah dicalonkan oleh Umar al-Khattab di Balai Bani Saidah
  • Saidina Umar telah menjabat tangan Abu Bakar dan membuat pengakuan taat setia kepadanya dan diikuti oleh sahabat-sahabat lain serta kaum Ansar dan Muhajirin.Penerimaan masyarakat Madinah kerana Saidina Abu Bakar pemimpin Muhajirin yang paling layak dan berpengalaman luas dalam membentuk masyarakat Islam di Makkah dan Madinah serta mendapat dididikan kepimpinan  Rasullullah saw.   

Pemilihan secara wasiat :

  • Saidina  Abu Bakar telah mencadangkan Umar al-Khattab untuk menggantikannya dan ahli syura telah menerima cadangan itu .Saidina Abu Bakar telah meminta Saidina Uthman b Affan menulis sepucuk surat perlantikan  menyatakan Saidina Umar adalah penggantinya.Kemudian rakyat telah memberi baiah atau tat setia kepadanya.
  • Pengalaman Abu Bakar menghadapi al-Riddah menyebabkan baginda meraskan negara perlu melantikan seorang pemimpin yang tegas supaya peristiwa itu tidak berulang.
  • Maka perlantikan secara wasiat memang dianjurkan islam dalam situasi tertentu.

Melalui Majlis Perlantikan Khalifah :

  • Khalifah Umar al-Khattab telah menubuhkan Majlis Perlantikan sebelum beliau bertujuan mengelakkan perpecahan dikalangan umat Islam .Majlis ini dianggotai oleh Abdul Rahman b Auf  sebagai ketua dan ahlimajlis yang lain.Dalam pengundian yang dijalankan Uthman b Affan telah dilantik untuk menjadi khalifah yang ketiga .
  • Cara perlantikan ini menunjukan demokrasi subur dalampemilihan khalifah

Perlantikan secara paksa :

  • Perlantikan Khalifah Ali b Abi Talib r.a. disokong oleh penduduk Hijaz , Basrah dan Kufah manakala pemberontak tidak membaiahnya. Perlantikannya dianggap sah kerana kerajaan  Islam Madinah menghadapi peperangan Jamal dan berlakunya pemberontakan.
  • Justeru itu perlantikannya secara paksa tepat pada masanya  kerana negara ketika itu memerlukan seorang khalifah yang tegas dan berwibawa  untuk mengembalikan keamanan dan perpaduan ummah. Cara ini juga dianggap demokrasi kerana sebahagian besar masysrakat islam membaiah khalifah Ali .

Kesimpulan :

Perlantikan yang pelbagai cara dilaksanakan,namun ciri-ciri demokrasi tetap diamalkan oleh masyarakat Islam pada zaman khulafa ar-Rasyidin.

 

6 Responses

  1. RINA says:

    TERIMA KASIH CIKGU..TAPI SAYA KURANG FAHAM SIKIT APA YG CIKGU BG NIE…SBB LAIN YG SAYA MINTA BAH….

  2. aL-zruL says:

    ASSALAMMUALAIKUM.. Cikgu Jumali
    saya telah mengambil nota2 yang cikgu tlh pamerkan di blog .. saya berharap cikgu halalkan nota2 yang saya telah copy ini.
    Cikgu doakan sy yer cikgu.

  3. aina nadhira says:

    halalkan saya copy catatan ini..doakan saya.

  4. adhwa says:

    asalamualaikum..sy minte nota2 cegu ni ye,trimekaseh ats ksudian cegu berkongsi

  5. Muhammad Zakwan says:

    saye pun copy juga untuk pembentangan sekolah cikgu. halalkan saye sbb copy ye cikgu. :)

  6. SHA MIEMEY says:

    TRM KASIH YE CG..SY CPY NTA NI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 182 other followers

%d bloggers like this: