Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Kegiatan Ekonomi Islam


Konsep pembangunan ekonomi Islam adalah bersepadu dan menyeluruh. Jelaskan kegiatan ekonomi yang disarankan dalam Islam.

Pendahuluan :

  • Pembangunan bererti pembangunan manusia dan persekitaran fizikal serta sosio budayanya. Proses pembangunan Islam bersifat komprehensif iaitu meliputi aspek-aspek akhlak, kerohanian, dan kebendaan. Ekonomi pula adalah perlakuan muslim dan mukmin dalam menguruskan sumber-sumber bagi mencapai matlamat dan kesejahteraan dunia dan akhirat. Oleh itu, proses pembangunan ekonomi Islam digerakkan melalui konsep kesyukuran dan keadilan kerana Islam menentang keras konsep kekufuran dan kezaliman. Pembangunan ekonomi Islam bergantung pada aktiviti-aktiviti ekonomi. Konsep pembangunan ekonomi Islam tidak terpisah daripada konsep akidah, syariah dan akhlak.

Isi :

 Aktiviti-aktiviti ekonomi yang diharuskan :

  • Pembangunan ekonomi Islam mengkehendaki seseorang muslim supaya menjalankan ekonomi secara yang halal. Kegiatan ini melibatkan aktiviti pengeluaran dan penggunaan. Barangan pengeluaran mestilah yang diharuskan oleh Islam seperti barangan yang bersih, suci, berguna dan tidak membahayakan.
  • Proses pengeluaran mestilah betul, tanpa penipuan, penganiayaan, penindasan serta menjaga hak dan kebajikan pekerja. Pekerja pula mesti menjaga kualiti pengeluaran dan nama baik syarikat.
  • Dalam proses penggunaan, mesti dielakkan sifat boros, pembaziran dan bakhil. Umat Islam digalakkan bersifat berjimat-cermat, berhemah dan bantu-membantu dan menggunakan perkara-perkara yang diharuskan sahaja.

Aktiviti-aktiviti ekonomi yang dilarang :

  • Larangan ini merangkumi aktiviti-aktiviti pengeluaran dan penggunaan. Riba, judi, lacur, kikir, boros, membazir, menyorok barang keperluan, menipu timbangan, menipu sukatan, menjual beli barang yang belum dimiliki dan aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh merosak, membahayakan, mengganggu keselamatan adalah diharamkan.

Campur tangan pihak berkuasa :

  • Islam mengharuskan campur tangan pihak berkuasa dalam aktiviti ekonomi. Ini merangkumi aspek-aspek pengurusan, perancangan, dan agihan. Adalah menjadi kewajipan pihak pemerintah kerajaan Islam melaksanakan ekonomi Islam dan membanteras segala penyelewengan. Bidang kuasa pemerintah adalah bidang-bidang di luar kemampuan individu untuk melaksanakannya.

Agihan pendapatan :

  • Islam melarang berlakunya perbezaan pendapatan yang besar di kalangan penduduk bagi mengelakkan permusuhan.

Jaminan persamaan peluang :

  • Islam memberikan peluang seluas-luasnya dalam sesuatu perkara kepada yang berhak, menempatkan seseorang pada tempatnya, yakni sesuai dengan kebolehannya.

Memerangi riba, rasuah dan monopoli :

  • Islam menganggap ketiga-tiga amalan ini sebagai jenayah paling buruk dan tidak berperikemanusiaan. Perbuatan ini boleh memutuskan hubungan dan menghapuskan sangka baik antara golongan kaya dengan golongan miskin dan menghancurkan konsep keadilan rakyat.

Polisi kerja dan upah buruh :

  • Islam mengkehendaki golongan buruh dilindungi dan dibela nasib mereka. Mereka perlu diberi hak asasi, mendapat tangga gaji minima, disediakan kemudahan hidup dan sebagainya.

Kesimpulan :

Kesimpulannya, pembangunan ekonomi Islam adalah berbeza dengan pembangunan ekonomi barat. Pembangunan ekonomi Islam adalah sebahagian daripada keseluruhan system hidup Islam merangkumi aspek kebajikan individu, masyarakat dan negara, membela nasib golongan susah, menjaga hak golongan berada, mengawal aktiviti majikan, menjaga nasib pekerja, tidak terpisah daripada aspek akidah, syariah dan akhlak serta suatu gabungan yang menyeluruh dan bersepadu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 186 other followers

%d bloggers like this: