Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Institusi Pendidikan Alam Melayu


Bincangkan Peranan Institusi Pendidikan Islam dan Kaedah Pembelajaran Di Alam Melayu

Pendahuluan :

  • Dalam konteks Islam, pendidikan melibatkan proses sepanjang hayat iaitu bermula dari dalam buaian hingga ke liang lahad.  Pendidikan dalam Islam memberikan kebebasan kepada semua orang untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira jantina, kekayaan dan warna kulit.

Isi-isi Penting :

Peranan Institusi pendidikan di Alam Melayu :

 

  • Masjid sebagai institusi utama bagi masyarakat melayu mendapatkan ilmu pengetahuan khususnya asas-asas ajaran Islam selain tempat beribadat.
  • Istana sebagai salah satu institusi terawal di Alam Melayu.  Ilmu-ilmu yang diajar  khas untuk golongan bangsawan sebagai persediaan untuk memerintah kelak.
  • Pesantren/pondok merupakan institusi pendidikan Islam tradisional. Pendidikannya dijalankan oleh seorang ulama yang bukan sahaja mengajar ilmu-ilmu  agama tetapi  juga ilmu-ilmu lain.
  • Meunasah, institusi asas bagi kanak-kanak yang akan menerima pendidikan asas daripada seorang guru yang dikenali sebagai Tengku Muenasah
  • Rangkang juga berperanan sebagai pusat pengajaran Bahasa Arab, Fiqah atau Tauhid dan Tasawuf.  Buku-buku yang digunakan samada dalam B. Melayu atau B. Arab.
  • Jamiah Baitul Rahman merupakan institusi tertinggi di Aceh.  Ia meliputi tujuh buah fakulti dan mengajar ilmu berkaitan keagamaan dan matematik, falsafah, undang- undang, peperangan dan lain-lain.  

Kaedah Pembelajaran di Alam Melayu :

 

  • Sistem halaqah, cara pengendalian atau penyampaian ilmu terawal sejak zaman Rasulullah s.a.w.  Guru berada di tengah-tengah bulatan atau separa bulatan atau dilingkungi oleh anak-anak murid.
  • Pembelajaran berlaku selepas atau antara solat, samada waktu zohor ataupun Isyak atau selepas solat subuh.  Bentuk pendidikan tidak formal, namun guru yang  mengajar mempunyai tauliah samada ulama tempatan atau luar negeri.
  • Mata pelajaran yang diajar adalah ilmu keagamaan khususnya ilmu Fiqah dan Usuluddin.
  • Guru-guru tidak diberi gaji namun mendapat pertolongan daripada anak-anak murid mengerjakan tanah-tanah pertanian dan seumpamanya..
  • Sistem madrasah pula dianggap sebagai sekolah/tempat  belajar.  Sistem ini mengandungi 3 peringkat iaitu rendah, menengah dan tinggi.
  • Guru dibayar dengan gaji yang tetap dan institusi ini dikendalikan oleh kerajaan.  Mata pelajaran yang diajar adalah agama dan bukan agama.  Di Acheh terdapat institusi yang dikenali sebagai Rangkang, Muenasah dan Jamiah.
  • Sistem pondok bermula pada abad ke 12 di Tanah Melayu.  Tiada kurikulum yang  jelas bergantung kepada ilmu guru.
  • Tenaga pengajar menggunakan kaedah halaqah dan tidak mendapat gaji.

Kesimpulan :

Masyarakat Melayu memberikan fokus pada aspek pendidikan bagi mendalami ilmu khususnya keagamaan.

One Response

  1. intan syakira says:

    skema jawapan ternyata memudahkan para pelajar untuk mengakses data darinya…thankssssss lah yaaa,heee…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 185 other followers

%d bloggers like this: