Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Falsafah & Matlamat Ekonomi Islam


Huraikan  asas-asas ekonomi Islam khususnya daripada sudut falsafah dan matlamat .

Pendahuluan :

  • Ekonomi Islam adalah ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan kehendak syariat dari segi mendapatkan, mengguna atau mengurus sumber-sumber alam secara kebendaan dan kerohanian untuk kebaikan semua pihak demi mendapat keredhaan Allah S.W.T.
  • Ekonomi Islam adalah berteraskan syariah bagi melindungi ketidakadilan dalam pemerolehan dan penggunaan sumber alam dengan memenuhi kepuasan manusia untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap Alllah S.W.T. dan masyarakat seluruhnya.
  • Konsep ekonomi Islam adalah bersandarkan kepada pegangan dan keyakinan bahawa rezeki yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. di muka bumi ini adalah cukup unuk seluruh makhluk-Nya. Oleh itu, sifat tamak atau mementingkan diri tidak perlu wujud pada diri seseorang.

Isi :

Falsafah :

  • Berasaskan pegangan pada ajaran-ajaran Islam dan boleh dilihat dari sudut tauhid, rububiyyah, tazkiyyah, manusia sebagai kahlifah dan persaudaraan antara manusia.
  • Tauhid adalah perkara asas dalam falsafah ekonomi Islam melibatkan hubungan antara manusia dengan dengan tuhan dan manusia dengan manusia, serta hubungan manusia dengan alam sekeliling.
  • Rububiyyah adalah konsep yang menekankan Allah S.W.T. sebagai penguasa yang membuat peraturan-peraturan yang bertujuan untuk menjaga dan menampung kehidupan makhluk demi kebahagiaan di dunia dan akhirat.
  • Tazkiyyah ialah konsep kesucian jiwa dan ketinggian akhlak. Jiwa yang bersih dan akhlak yang mulia akan menghindari perkara-perkara tidak baik dalam aktiviti ekonomi.
  • Umat Islam perlu percaya bahawa manusia dicipta oleh S.W.T. untuk dijdikan sebagai khalifah di muka bumi ini. Melalui kesedaran ini, manusia akan menjalankan amanah dan peranan untuk memakmurkan bumi sesuai dengan peranan mereka sebagai khalifah Allah S.W.T.
  • Konsep persaudaraan sejagat tanpa batasan keturunan atau warna kulit ini akan mewujudkan suasana kehidupan yang lebih harmoni tanpa sebarang bentuk pemerasan, eksploitasi, penindasan atau penyelewengan.

Matlamat :

  • Aktiviti ekonomi Islam bertujuan memenuhi keperluan asas setiap manusia. Keperluan asas ini termasuklah mempunyai pakaian yang  sesuai, tempat tinggal yang selesa, makanan yang mencukupi dan keperluan perubatan.
  • Ekonomi Islam bermatlamatkan untuk mencapai penggunaan sumber yang optimum, cekap, berkesan dan tidak membazir.
  • Ekonomi Islam juga berhasrat untuk melaksanakan pengagihan kekayaan yang saksama dan adil. Kekayaan yang dimaksudkan ini termasuklah dari segi pendapatan, harta benda dan pembangunan.
  • Ekonomi Islam juga bertujuan untuk menjamin hak dan peluang yang sama untuk semua orang tanpa mengira keturunan, bangsa atau warna kulit.

 Kesimpulan :

  • Asas-asas ekonomi Islam jelas menunjukkan keadilan masyarakat dapat dipelihara berasaskan falsafah dan matlamat sistem ekonomi Islam itu sendiri.

 

3 Responses

  1. siti maryam says:

    salam. boleh tak cikgu beritahu saya maksud
    sistem ekonomi islam berlandaskan hubungan manusia dengan tuhan, hubungan manusia dengan manusia, hubungan manusia dengan alam

    • fastnote says:

      Maksudnya…. segala perbuatan yang kita lakukan dalam pelbagai urusan termasuklah urusan ekonomi akan diberi pahala dan dikira amalan untuk bekalan ke syurga. Hubungan dengan Allah maksudnya, segalanya telah ditetapkan oleh Allah secara qat’i dari segi pelaksanaannya sama ada dosa atau pahala, halal atau haram, atau yang dibolehkan dan tidak dibolehkan.

  2. sharina says:

    ini sangat terbaik! alhamdulillah :’)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 191 other followers

%d bloggers like this: