Weblog Cikgu Jumali

Weblog Sejarah STPM 940/1 ini adalah untuk pelajar Program Persediaan Universiti (PPU), SMK Seri Tanjong, Melaka yang mengambil Elektif Sejarah dan semua pelajar PPU seluruh negara…

Faktor & Kesan Pembentukan Negara Bangsa


Berikan tiga faktor dan dua kesan pembentukan Negara Bangsa di  Eropah

Pengenalan :

Konsep Negara – Bangsa sebuah negara yang berdaulat dan bebas dengan penduduknya mempunyai kesedaran bahawa mereka adalah milik bersama berasaskan bahasa, adat dan tradisi yang sama, mempunyai pemerintah tersendiri, sempadan wilayah dan hak untuk menggubal undang-undang sendiri.

Sejarah- lahir seawal abad ke-15 khusunya selepas berlakunya perubahan politik di Eropah kesan daripada berlakunya Zaman Renaissance dan Zaman Revolusi secara mendadak. Contoh Negara Bangsa ialah England, Perancis dan Sepanyol.

Isi-isi penting :

Faktor Pembentukan Negara Bangsa :

Kemerosotan Kuasa Golongan Feudal :

Golongan feudal (bangsawan, Penguasa Autonomi Tempatan, golongan adatLandlord, gereja) merupakan golongan yang sangat berpengaruh dari segipolitik pada zaman pertengahan.Pengaruh golongan ini merosot kerana timbul kesedaran politik, idea kedaulatan  bangsa dan penyatuan negara bangsa dan keinginan supaya wujud kuasa autoriti tunggal dalam sesebuah negara. Kesannya sistem feudal tidaklagi diterima oleh masyarakat Eropah. Contohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang-undang baru yang melarang golongan feudal memakai pakaian khas, melarang menubuhkan tentera sendiri, melarang mempunyai lambang kuasayang khas dan lain-lain.

Perkembangan Zaman Renaissance :

Akibat berlakunya zaman Renaissance telah mengubah sikap dan pemikiran orang Eropah tentang perasaan kebangsaaan dan kesetiaan kepada negara mereka. Sebelum ini masyarakat Eropah memberi kesetiaan kepada golongan bangsawan yang menguasai wilayah dan kawasan tertentu Zaman Renaissance telah berjaya menyatukan semua bangsa di Eropah dalam sebuah negara yang sebelum ini mengamalkan undang-undang, cara hidup, sikap, pemikiran, bahasa dan sebagainya.

Kemunculan Kerajaan Monarki Kebangssaan :

Kemunculan kerajaan-kerajaan monarki baru pada abad ke-16 melalui sokongan rakyat dan golongan pertengahan melahirkan raja berkuasa mutlak dan membawa kepada pembentukan sesebuah negara bangsa. Kebanyakan raja Monarki ini mengekalkan kuasa melalui pemerintahan berpusat, sistem dinasti, perkahwinan, peperangan, komplot dan penaklukan. DiEropah wujud zaman monarki mutlak yang berkuasa melalui dinasti-dinasti agong seperti Romanoff, Hohanzollern, Bourbon dan Habsburg. Contoh-Pemerintahan negara bangsa Perancis oleh Louis Xi dari Dinasti Volois yang melakukan pemusatan kuasa di Paris. Begitu juga Raja Henry VII di England melalui Dinasti Tudor yang melakukan pemusatan kuasa di London.

Kemajuan Ekonomi :

Perkembangan ekonomi yang pesat selepas zaman Renaissance melahirkan golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah, pelombong dan lain-lain.Golongan ini memerlukan perlindungan daripada kerajaan yang besar dan kuat.Untuk itu meraka sanggup membayar wang perlindungan dan cukai kepada raja. Golongan pemerintah pula dapat mengumpul wang yang banyak dan mengukuhkan ekonomi mereka serta dapat membayar gaji tentera. Secara tidaklangsung melemahkan golongan feudal.

Bahasa Kebangsaan  :

Muncul golongan cerdik pandai selepas zaman Renaissance. Penulisan dan penerbitan karya berkembang dibantu oleh penciptaan mesin cetak. Karya yang dihasilkan menggunakan bahasa kebangsaan bukannya bahasa dialek tempatan. Ini berjaya menarik minat membaca rakyat dan memudahkan lagi usaha menyatukan rakyat dan penubuhan Negara bangsa.

Kesan Pembentukan Negara Bangsa :

Golongan Bangsawan Hilang kuasa dan pengaruh :

Penubuhan negara bangsa membawa kesan besar ke atas golongan bangsawan kerana mereka mula hilang kuasa dan pengaruh di wilayah masing-masing kepada raja dan rakyat. Golongan bangsawan tidak lagi mendapat sokongan daripada rakyat. Raja mula menggubal undang-undang baru bagi menghadkan kuasa dan pengaruh golongan bangsawan.

Kemerosotan Golongan Gereja :

Penubuhan negara bangsa menyebabkan golongan agama semakin hilang pengaruh. Raja mula mengawasi perkembangan agama disampingmenggunakan gereja  untuk mengukuhkan kekuasaan masing-masing. Perlantikan ahli agama dilakukan sendiri oleh golongan raja.

Pemusatan kuasa :

Pembentukan negara bangsa mewujudkan pemusatan kuasa di bawah seorang pemerintah. Pemerintah mempunyai kuasa penuh terhadap semua bidang. Sekaligus mengenepikan kuasa golonga gereja dan golongan bangsawan.

Kesimpulan :

Pembentukan negara bangsa yang berlaku di Eropah telah menghapuskan sistem feudal dan seterusnya telah menyebabkan kuasa pemerintahan terletak di bawah seorang pemerintah. Zaman Renaissance telah mengubah corak pemerintahan sesebuah negara di Eropah.

15 Responses

  1. farah says:

    thnx…
    cth jwpn ni udh byk m’bntu saya…

  2. norafiqah says:

    nota cikgu memudahkan saya untuk mengulangkaji..terima kasih

  3. nota memag bagus,,,,,,,,,moge 2 exam esk keluar soalan ni,,,amin…..tq.

  4. noor atikah says:

    terima kasih cikgu.. nota cikgu memudahkan saya memahami dan membuat ulangkaji..

  5. nik says:

    assalamualikum.. terima kasih cikgu.. nota cikgu membantu saya. halalkan pengetahuan cikgu yang telah saya perolehi..

  6. fetroniella fitry says:

    tQ sir 4 tis note..

  7. edwin says:

    nota2 yang dikemukakan sangat bagus dan membina. ini dapat mengurangkan kos pembelajaran para pelajar dan memantapkan ilmu sejarah pelajar..saya sangat sukakannya dan menjadikan nota cikgu ini sebagai panduan saya..terima kasih.

  8. atyka says:

    cikgu,tolong huraikan perkembangan negare bangse di sepanyol dan perncis,,time kasih,,(^_^)

  9. aimax@smkTemerloh says:

    thank ckgu!! hepy eid mubarak 4 us!!

    wish me luck guys!

  10. ain says:

    bagus ade tmbhn pasal monarki

  11. ain says:

    contoh2 pasal negara bangsa sepanyol,england,perancis macam mane ye??

  12. boboichiq says:

    thanks ………….sbb nota cikgu dpt bantu saya selesaikan mslh…….

  13. aira aermira says:

    cikgu saya nak tanye apakah faktor berlakunya penentangan terhadap pemerintahan raja berkuasa mutlak di perancis pada abad ke 16-18.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Tarikh Hari Ini…

Hits Sejak Sept. 2008

  • 1,230,222 pengunjung

Kalendar 2013

May 2013
M T W T F S S
« Nov    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Top Rated

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 139 other followers

%d bloggers like this: