Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Faktor Kemunculan Mazhab Dalam Islam


Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan pelbagai mazhab dalam  Islam

 

Pengenalan :

 

Latar belakang kemunculan  mazhab :

  • Mazhab merupakan aliran pemikiran dalam Islam.
  • Kemunculan mazhab bermula, selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.
  • Kelahiran mazhab telah membawa pelbagai kesan positif dan negatif.

 

Aliran-aliran mazhab yang penting :

  • Antara Mazhab yang muncul ialah Khawarij, Syiah, Murji’ah, Muktazilah dan Ahli Al-Sunnah Wal-Jamaah.

 

Isi :

 

  • Perbezaan  ilmu pengetahuan, kebolehan dan pengalaman dalam kalangan mereka. Di samping itu tidak semua umat Islam yang hidup  sezaman dengan Nabi Muhammad s.a.w dapat bertemu baginda dan mendengar semua hadis daripada baginda. Hal ini telah menimbulkan  perbezaan pendapat antara mereka, khususnya penduduk luar Madinah yang tidak pernah bertemu dengan Rasulullah. Apabila semakin jauh daripada zaman Rasulullah maka perselisihan dan perbezaan itu  semakin ketara.
  • Pengaruh Politik. Berlaku perselisihan di antara Bani Hasyim dan Bani Umaiyah telah sampai ke kemuncaknya sehingga berlaku pergeseran politik dalam kalangan penyokong Khalifah Uthman dan Saidina Ali. Kesannya ialah berlakunya Perang Jamal dan Perang Siffin yang membawa kepada kelahiran mazhab Khawarij dan mazhab Syiah.
  •  Pengaruh Ideologi dan Budaya Asing berlaku semasa zaman Khalifah al-Ma’mum, al-Mu’tazim dan al-Watia, aktiviti penterjemahan  buku-buku falsafah Yunani begitu giat dijalankan. Tujuan asalnya adalah untuk menimba ilmu pengetahuan sesuai tuntutan agama Islam. Tetapi akhirnya falsafah Yunani yang banyak menggunakan akal fikiran menyebabkan kelahiran mazhab Muktazilah yang  juga menggunakan akal fikiran dalam mengintrestasi  hukum dan akidah Islam.
  • Semangat Assabiyah  Yang Masih Wujud. Nabi Muhammad s.a.w telah menggantikan semangat assabiyah dengan semangat akidah untuk menyatukan umat Islam Walau bagaimanapun semangat assabiyah timbul semula ketika perlantikan pengganti Rasulullah sebagai pemimpin umat Islam. Perselisihan berlaku di antara golongan Ansar, Muhajirin dan penyokong Ali. Pada zaman Khalifah Uthman pula, api assabiyah semakin menyala yang menyebabkan berlaku perpecahan dan perselisihan di antara Bani Umaiyah dan Bani Hasyim.
  •  Pengaruh Daripada Penganut Agama Lain Yang memeluk Islam. Selepas pembukaan jajahan baru oleh orang Islam, ramai penganut agama lain memeluk agama Islam yang terdiri daripada Yunan, Nasrani dan Majusi. Mereka memeluk agama Islam dengan membawa ajaran dan amalan keagamaan mereka. Antaranya mereka memasukkan dalam akidah Islam perbahasan ilmu Kalam tentang konsep  ikhtiar, al-Jabr dan sifat-sifat Allah.
  •  Membincangkan Persoalan di Luar Jangkaan Akal setelah tersebarnya pemikiran falsafah dalam kalangan umat Islam dalam pengajian akidah telah menjerumuskan mereka dalam perbahasan persoalan-persoalan yang berada di luar jangkaan akal manusia seperti masalah mengikhtibatkann sifat-sifat Allah dan menafikannya persoalan kekuatan hamba di samping kekuatan Tuhan. Dengan membahaskan persoalan yang seumpama ini telah membuka pintu perselisihan yang luas kepada ummah.
  • Perebutan jawatan Khalifah yang merupakan sebab perselisihan  ummah daripada segi politik. Kaum Ansar dan Muhajirin pada mulanya masing-masing berasa berhak menggantikan kepimpinan Rasulullah selepas kewafatan Baginda. Dalam hal ini umat Islam juga berselisih faham tentang siapa yang lebih  berhak menjadi khalifah
  •  Ayat-ayat Mutasyabihat  yang telah membawa kepada perselisihan ulamak dalam mentafsirkannya. Perselisihan terhadap ayat-ayat ini memuncak hingga tahap kafir menkafirkan antara satu sama lain.

 Kesimpulan :

 

  • Kemunculan pelbagai mazhab ini juga telah memberikan kesan positif dan negatif terhadap perkembangan Islam secara keseluruhannya.
  • Kelahiran pelbagai mazhab telah menimbulkan pelbagai idea dan interpretasi baharu mengenai isu-isu agama.
  • Kelahiran pelbagai mazhab telah membuka ruang ke arah perkembangan ilmu pengetahuan.
  • Dari sudut negatif, kelahiran pelbagai mazhab telah membentuk pengikut yang taksub kepada satu-satu mazhab dan menimbulkan perbalahan dan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 186 other followers

%d bloggers like this: