Weblog Cikgu Jumali

Untuk Pelajar Sejarah STPM Penggal 1, 2 dan 3 mencari maklumat berkaitan….

Faktor Kemunculan Masyarakat Industri Di England


Huraikan Faktor Kemunculan Masyarakat Industri England Pada Abad Ke-18 Hingga Ke-19

Pendahuluan :

  • Revolusi ini diertikan sebagai perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan selain pertanian. Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan tangan kepada menggunakan mesin dan proses kimia.
  • Negara England mengalami revolusi perindustrian yang memperlihatkan ciri-ciri masyarakat industri seperti penggunaan sains, pengkhususan dalam bidang ekonomi, perpindahan penduduk dari pendalaman ke bandar, penggunaan sumber-sumber modal secara pesat dan kemunculan kelas sosial baru.

Masyarakat industri di England : 

  • Pada zaman perindustrian masyarakat petani di england telah memulakan sistem tanah berpagar untuk menggantikan tanah lapang.
  • Parlimen England telah mengeluarkan akta berhubung dengan proses pembahagian tanah awam kepada pemilikan secara perseorangan.
  • Melalui akta ini, tanah awam yang hendak dijadikan hak persendirian perlu mendapatkan kelulusan parlimen. Buktinya antara tahun 1761-1792, hampir 5 000 000 ekar tanah dipagar.
  • Meninggalkan kesan terhadap petani uang memiliki tanah yang kecil.
  • Sistem tanaman bergilir Norfolk dan tanaman baru telah diperkenalkan. Kesannya, mengekalkan kesuburan tanah serta meningkatkan produktiviti ladang.
  • Bagi menyuburkan tanah, kemajuan sains berjaya memperkenalkan baja tiruan kepada masyarakat petani.
  • Cara menebus guna tanah, menggunakan sistem guna tanah secara heavy manuring, iaitu menjadikan kawasan tanah berpasir sebagai tempat penanaman gandum yang subur.

Masyarakat Perindustrian :

  • Perindustrian tekstil dan besi berkembang pesat.
  • Penggunaan kuasa wap dalam industri untuk mengendalikan jentera.
  • Beberapa kaedah baru ditemui seperti menghasilkan keluli yang murah dan cepat daripada besi belum tempa .

Kemajuan Sistem Pengangkutan :

  • Kemajuan dalambidang perkapalan, jalanraya, kereta api dan terusan.
  • Terusan Worsley yang pertama dibina pada tahun 1761 digunakan untuk membawa arang batu.
  • Penciptaan lokomotif atau jentera wap untuk menarik gerabak.
  • Landasan kereta api moden pertama dibina di England pada 1825 yang menghubungkan lombong arang batu Durham di Stockton dengan Darlingston. Pada tahun 1806-1859, London- Bristol-South Wales dan 1875 London dengan Birmingham.

Penghijrahan Penduduk dan Pertambahan Penduduk :

  • Menyumbangkan kepada pertambahan penduduk yang meningkat dua kali ganda di England tahun 1800 dan 1850. Pada tahun 1850 lebih separuh populasi England tinggal di pekan dan di bandar.
  • Pada tahun 1851, penduduk dari Ireland telah berhijrah beramai-ramai ke England.
  • Kawasan yang mengalami penduduk ialah Lancashire, West Riding di Yorkshire, Warwickshire, Nottinghamshire dan Staffordshire.
  • Penghijrahan ini telah membawa kepada penyertaan Ireland-England dan penduduk tertumpu kepada pekerjaan dalam industri tekstil.
  • Menggalakkan masyarakat England pada usia muda dan peroleh ramai anak.
  • Kelahiran yang tinggi menyebabkan England menyumbangkan kepada penggunaan tenaga buruh kanak-kanak dalam perlombongan arang batu.
  • Pada abad ke-19 sahaja, kanak-kanak yang berusia 15 tahun adalah seramai 40% daripada keseluruhan penduduk England.

Perluasan Perdagangan Antarabangsa :

  • Kilang-kilang kapas Manchester dan Leeds mengeluarkan pasaran melebihi permintaan dalam pasaran tempatan dan membawa kepada pengeksportan kain kapas dari England dan berlaku peningkatan pada kadar 10% setiap tahun antara tahun 1783 hingga 1792 dan melebihi 17% antara 1792 hingga 1802
  • Masyarakat industri juga menerima permintaan yang tinggi terhadap kapas mentah.
  • England telah memansuhkan takrif import bahan mentah bagi membolehkan negara luar membeli barangan siapnya.
  • England menjalankan dasar perdagangan yang lebih liberal.

Kerajaan dan Perdagangan Bebas :

  • Parlimen England telah meluluskan beberapa akta yang menghapuskan dasar ekonomi yang boleh menyekat kebebasan .
  • Antaranya ialah pemansuhan ekonomi perdagangan Syarikat Hindia Timur Inggeris dengan China pada 1883. Seterusnya mengurangkan senarai barangan yang dikenakan duti import dan eksport serta meminda akta perkapalan pada 1825. Undang-undang jagung¬† (corn law) pada 1822 dilonggarkan.

Perubahan Gaya Hidup :

  • Kehidupan bebas dibandar membawa kepada masalah sosial yang kritikal iaitu pelacuran dan jenayah semakin meningkat.

Masalah Pencemaran dan Kesihatan :

  • Masalah pencemaran dan kesihatan dengan penggunaan bahan bakar arang batu telah mencemar udara dan pekerja kilang.
  • Pei penyakit dan pencemaran air membawa kepada merebaknya pelbagai penyakit dan bilangan kematian di bandar.
  • Akta kesihatan awam 1875 telah diluluskan bagi memperbaiki¬† keadaan kesihatan masyarakat bandar.

Kemunculan Kelas Baharu :

  • Kelas individu dan pekerja tumbuh dengan pesat dari segi saiz dan kepentingan. Golongan kelas pertengahan terdiri daripada pemilik kilang, peniaga, ahli perbankan, peguam dan jurutera.
  • Golongan kelas pertengahan menyertai politik dan berjuang untuk mendapatkan wakil dalam parlimen bagi menyuarakan kepentingan mereka.
  • Perjuangan mereka berjaya apabila pada pertengahan abad ke-18, parlimen England mempunyai 61 wakil parlimen yang terdiri daripada kelas menengah.
  • Kejayaan yang dicapai ialah pemansuhan monopoli syarikat hindia timur inggeris tahun 1813 dan pemansuhan akta Perancis tahun 1814. Akta yang mensyaratkan penggunakan binatang dalam pembuatan kasut pula dimansuhkan tahun 1824.
  • Ramai petani tidak memiliki tanah dan menjadi buruh untuk mendapatkan upah di ladang atau berhijrah ke kawasan bandar untuk bekerja disektor perindustrian.
  • Golongan petani berubah menjadi golongan proletariat dan bekerja dengan mengendalikan mesin menggunakan tangan tetapi mereka kemudian menjadi penganggur apabila kilang perindustrian pada abad ke-19 mengantikan tenaga manusia kepada tenaga mesin.

Pekerja dan Keadaan Kerja Di Kilang :

  • Tempoh bekerja yang panjang iaitu selama 12 jam sehari dan enam setengah hari bekerja seminggu. Upah yang dibayar secukup hidup sahaja. Pengusaha kilang lebih suka menggambil pekerja wanita dan kanak-kanak.
  • Pekerja kilang terpaksa menhirup udara tercemar dan dipaksa bekerja mengikut kelancaran mesin. Tempat tinggal juga tidak disediakan dengan baik oleh pengusaha kilang.
  • Rumah hanya dibina sederet , tiada tandas dan bekalan air disediakan tetapi kadar sewa yang tinggi dikenakan.
  • Keadaan yang tidak selesa dan kurang bersih telah mengundang pelbagai penyakit..
  • Pekerja yang tidak berpuas hati telah mengadakan rusuhan. Pada 1830 terdapat golongan pekerja membuat tuntutan masa bekerja dihadkan selama 10 jam sahaja.
  • Pada 1832, kerajaan telah menubuhkan suruhanjaya diraja pengambilan buruh kanak-kanak di kilang untuk meninjau keadaan kanak-kanak yang bekerja dikilang.
  • Akta digubal untuk menjamin nasib pekerja kilang sperti akta lombong 1842 dan akta sepuluh jam 1847.

Perubahan dalam Pemikiran Politik :

  • Lebih kepada bakat dan keupayaan setiap individu.
  • Masyarakat terbahagi kepada dua iaitu golongan kelas pertengahan yang terus menambah kekayaan dan kekuasaan dan golongan proletariat yang terabai dari segi gaji, makan, minum dan kebajikan.

Kesimpulan :

  • Perkembangan perindustrian diEngland membawa kepada perkembangan masyarakat industri
  • Meninggalkan pelbagai kesan sosial dan ekonomi kepada masyarakat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 174 other followers

%d bloggers like this: