Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Ekonomi Nusantara


Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perdagangan di Nusantara sebelum abad ke-15 Masihi.

Pengenalan :

  • Nusantara (Alam Melayu) menjadi tumpuan pedaganga-pedagang India, Arab dan China sejak abad pertama lagi.
  • Sember-sumber bertulis China, India,Arab dan Yunani membuktikan bahawa kegiatan perdagangan di rantau ini berkembang pesat sebelum kebangkitan kerajaan Melayu Melaka.
  • Di antara pusat-pusat perdagangan yang muncul di Alam Melayu berdasarkan sumber-sumber berikut iaitu sumber China Tun-Sun, Tan chu-Li, Pan-Pan, sumber Yunani(Ptolomy)-Takola, Kole dan Sabaria, sumber India-Takola, Kataha, Kalagam, Tambaralinga dan sumber Arab-Kalah, Qaqullah dan Tiyumah

Isi :

Faktor-faktor yang mempengaruhi kemajuan perdagangan di Nusantara

Faktor kedudukan geografi gagasan kepulauan Melayu yang strategik :

  • Terletak di tengah-tengah perjalanan perdagangan Timur dan Barat yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing seperti China, India, Arab dan kepulauan Melayu sendiri
  • Angin Monsun Barat Daya dan Timur Laut juga membantu pedagang-pedagang China dan India pergi ke gugusan kepulauan Melayu

Kekayaan sumber asli :

  • Nusantara kaya dengan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus dan rotan
  • Kekayaan hasil pertania seperti rempah ratus, teh, beras dan lain-lain
  • Hasil-hasil laut seperti kowri(mata wang), kerang dwi katup, tiram mutiara dan lain-lain
  • Hasil Perlombongan seperti emas, bijih besi, antimony dan lain-lain

Pemerintahan dan pentadbiran yang cekap, teratur dan stabil

  • Kebanyakan kerajaan di Alam Melayu mempunyai sistem pemerintahan dan pentadbiran yang tersusun
  • Empayar Srivijaya – terdapat sistem pemerintahan kerajaan pusat dan wilayah
  • Empayar Melaka – wujud sistem Pembesar Empat Lipatan dan sistem perundangan sepeti Undang-undang Laut Melaka
  • Sistem ini melicinkan serta mengekalkan keamanan dan memajukan perdagangan

Peranan Orang laut :

  • Orang Laut direkrut untuk bertanggungjawab menjaga keselamatan kawasan perairan untuk membanteras kegiatan perlanunan
  • Mereka mengawal jalan-jalan laut supaya selamat daripada ancaman dan serangan lanun
  • Orang Laut juga memaksa kapal-kapal dagang singgah berdagang

Kemudahan perdagangan dan pentadbiran perniagaan :

  • Pemerintah menyediakan kemudahan-kemudahan di pelabuhan seperti tempat menginap, tempat perniagaan, gudang, sistem sukatan dan timbangan yang standard, kemudahan membaiki kapal dan lain-lain
  • Di Melaka, Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi mengurus hal-hal perdagangan
  • Mata wang logam digunakan dalam urusniaga

Hubungan politik dengan China :

  • Hubungan persahabatan Srivijaya, Majapahit dan Melaka dengan China bererti mendapat pengiktirafan dan perlindungan daripada China daripada ancaman musuh
  • Suasana aman dan damai membolehkan kegiatan perdagangan berjalan dengan lancar
  • Hubungan erat dengan China menggalakkan kemasukan ramai pedagang dari China

Peranan dan pengaruh agama :

  • Srivijaya dan Majapahit merupakan empayar beragama Hindu-Buddha di Nusantara
  • Pusat perkembangan agama Buddha membantu mengmbangkan kegiatan perdagangan dengan India dan China yang seagama
  • Melaka merupakan empayar Islam, dapat menarik pedagang Islam

Kesimpulan :

  • Perkembangan perdagangan di Nusantara berlaku kerana kedudukannya di pesisiran pantai dan kepentingannya berasaskan kepada penguasaan lalu lintas perdagangan di antara China dan India.

 

 

4 Responses

  1. mohd fauzi rosidi says:

    bagaimana cara pengendalian perdagangan di pelabuhan melaka sebelum kedatangan kuasa barat

  2. Bangnusa says:

    Semoga kejayaan nusantara tidak hanya tinggal sejarah, namun tetap dijaga dan dibanggakan sama generasi muda saat ini ya

  3. aisyah says:

    jelaskan peristiwa dan kesan perang uhud kepada umat islam.

  4. Neoneal says:

    Terima kasih untuk info kat atas 2… :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 182 other followers

%d bloggers like this: