Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Ciri-ciri Jahiliah


Jelaskan Struktur Dan Ciri-Ciri Masyarakat Arab Pada Zaman Jahiliah.

Pengenalan :

Difinisi jahiliah : bodoh atau sesat.

  • Zaman kegelapan yang tiada kesejahteraan hidup.
  • Masyarakat tidak ada nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
  • Tidak mempunyai peradaban.
  • Tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.
  • Tidak boleh membaca dan menulis.

Era Jahiliah : selepas keruntuhan Empangan Maarib hingga tahun 610 Masihi, penerimaan wahyu pertama oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Isi- isi Penting :

Struktur Masyarakat Arab Jahiliah

Masyarakat Arab Jahiliah terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu Badwi dan Hadari. Dalam Masyarakat Hadari terdapat lima golongan iaitu:

  • Golongan bangswan – ahli perniagaan dan pemerintah tempatan.
  • Golongan agama ( pendeta ) – tukang tilik dan penyair.
  • Golongan hamba.
  • Wanita.
  • Masyarakat awam dan rakyat biasa

Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliah :

Aspek agama dan kepercayaan :

Terdapat pelbagai agama dan kepercayaan di Semenanjung Tanah Arab termasuklah Majusi, Nasrani, Yahudi dan Hanif, Berhala, Animisme dan Tahyul. Kepelbagaian ini berlaku kerana adanya pengaruh asing disamping menaruh harapan yang tinggi terhadap alam sekitar yang dipercayaan dapat mengawai dan membantu kehidupan seharian.

Kepercayaan Majusi disebarkan oleh orang Parsi yang menjajah Bahrain, Oman dan Yaman. Masyarakat Arab di kawasan ini turut memuja api sebagaimana diamalkan oleh Masyarakat Parsi.

Agama Nasrani disebarkan oleh orang-orang Rom yang menjajah Hirah dan Ghassan di utara Semenanjung Tanah Arab, mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s telah dipinda berdasarkan kefahaman mereka sendiri. Najran merupakan pusat agama ini.

Agama Yahudi disebarkan oleh saudagar-saudagar yang berasal dari Palestine. Penganut asal agama ini ialah Bani Israeil. Mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa telah dipinda oleh orang-orang Yahudi. Mereka membohongi masyarakat Arab, dengan menyatakan agama mereka benar daripada Allah s.w.t.  Agama Yahudi bertapak di Yaman dan Madinah.

Disamping itu terdapat segelintir orang Arab yang menganut ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s digelar Hunafa dan bertempat Makkah. Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail a.s sampai di Makkah lebih awal. Maka ajaran Hanif mendahului ajaran Yahudi dan Nasrani di Arab.

Penganut agama-agama dari langit iaitu Hanif, Nasrani dan Yahudi dikalangan masyarakat Arab tidak ramai, mereka menjalani kehidupan berdasarkan ajaran yang dianuti kecuali penganut Yahudi didapati lebih kejam terhadap penganut ajaran lain.

Kepercayaan yang paling dominan di kalangan masyarakat Arab ialah penyembahan berhala. Penyembahan berhala mucul selepas kewafatan Nabi Ismail a.s  Masyarakat berkehendakan perantara bagi menghubungkan mereka dengan Allah s.w.t Mereka mencipta berhala-berhala daripada kayu-kayu dan batu dan diletakkan disekliling Kaabah. Penyembahan berhala muncul lebih awal dari agama Nasrani dan Yahudi. Masyarakat Arab menganggap penyembahan berhala adalah amalan nenek moyang mereka yang perlu dipertahankan.

Di samping mempercayaai berhala, masyarakat Arab percaya kepada anamisme dan tahyul. Objek cakrawala dan objek di bumi disembah sebagai menandakan pengharapan dan terima kasih ke atas apa yang mereka terima. Mereka memuja tukang tilik dan percaya tanda-tanda baik dan buruk yang ditunjukan sesuatu objek.

Kepelbagaian dalam agama turut menyumbang kepada amalan-amalan lain yang berbagai rupa termasuk amalan berpolitik, berekonomi dan bersosial.

Aspek Politik dan pentadbiran :

Tidak terdapat struktur pentadbiran/politik yang tetap dan jelas dikalangan masyarakat Arab di bahagian utara dan selatan. Hirah dan Ghassan di utara telah dijajah oleh kerajaan Rom dan Yaman di selatan di kuasai oleh kuasa Rom dan Parsi. Masyarakat Arab di kawasan ini bercelaru dari aspek pentadbiran, mereka tidak mampu melawan penjajah dan sentiasa kalah. Di bahagian selatan iaitu ketika kerajaan Himyar, anak tempatan diberi jawatan tetap tetapi statusnya hanya boneka kepada kerajaan Parsi.

Di Makkah, struktur politik masyarakatnya agak jelas. Terdapat Majlis Tindakan   ( Darul Nadwah ) oleh jabatan-jabatan pentadbiran dan ada pemimpin yang bergelar Sheikh. Namun ciri-ciri politiknya mempunyai unsur-unsur jahikliah. Mereka mengamalkan politik berkabilah yang membawa kepada perebutan kuasa yang hebat. Suasana pentadbiran menjadi gawat dan tidak tenteram. Berlaku diskriminasi puak, memuja kuasa, bersifat agresif, pendendam dan ingin menguasai puak-puak lain. Perebutan kuasa antara bani berlaku bagi mendapatkan kuasa mentadbir Jabatan Haji, perdagangan dan ketenteraman yang amat penting. Disamping itu ketua-ketua suku terpaksa membentuk majlis ketua-ketua suku iaitu Mala’ tetapi golongan berpengaruh berjaya mempengaruhi keputusan Mala’  dan menjaga kepentingan kaum yang lemah. Kecelaruan politik masyarakat Makkah berlaku apabila golongan bangsawan iaitu pentadbir lebih cenderung untuk bergiat aktif dalam perdagangan untuk mencari kekayaan.

Aspek Ekonomi :

Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat Arab bandar. Hubungan perdagangan diantara bandar di Syiria dengan di Yaman di selatan memberi nafas kepada bangsa Arab. Namun akibat penjajahan oleh Rome ke atas Syria oleh Parsi ke atas Yaman. Perdagangan Arab turut terjejas, saudagar Arab Makkah menghadapi kesan itu dengan pelbagai cara. Mereka mengeksport perdagangan satu hala dengan suku Badwi yang menternak binatang. Cara hidup Badwi berpindah randah mendatangkan kesukaran kepada saudagar Makkah. Suku Badwi sentiasa menyerang saudagar atau kafilah yang melalui kawasan mereka sebagai tanda tindak balas ataupun untuk memenuhi desakan kebendaan.

Ketika Makkah dipimpin oleh Abdul Manaf, urusan perdagangan diagihkan tugas kepada anak-anaknya. Misi-misi perdagangan dihantar ke Syiria, Habsyah, Yaman dan Parsi. Barang rempah, permata, emas, sutera dan lain-lain diimport. Manakala berhala, buah tamar, kulit binatang dan lain-lain dieksport melalui pelabuhan-pelabuhan. Pada zaman Hashim bin Abdul Manaf ( Moyang Nabi Muhammad s.a.w ) perjanjian perdagangan dua hala dengan Maharaja Byzantine dan Parsi diwujudkan. Pakatan dagangan juga diwujudkan dengan kabilah di Yaman dan Syam. Sistem perniagaan bermusim juga diwujudkan bagi meneruskan kegiatan perdagangan. Musim sejuk pedagang Makkah akan ke Yaman dan pada musim panas mereka akan ke utara ( Syam ).

Pasar-pasa diadakan di Makkah dan sekitarnya. Barangan bijirin, buah-buahan, pakaian, hamba abdi yang tidak ditebus setelah mereka kalah berperang dan barangan lain dijual di pasar-pasar. Sistem tukar barang diamalkan. Penipuan dan riba turut berleluasa.

Aspek Sosial :

Struktur sosial masyarakat Arab agak mudah, terdiri daripada golongan bangsawan dan hamba. Golongan bangsawan wujud di bandar. Mereka berpuak-puak berdasark pertalian darah dan semangat assabiyah amat tebal. Setiap puaknya melantik seorang sheikh di kalangan mereka dan menjadi ketua bagi kabilah itu. Hamba pula dibeli untuk dikerah bekerja. Suku Badwi pula hidup berpuak – puak dan ketua puak dipilij di kalangan anggota yang berpengaruh. Sistem berkabilah ini bermula dari satu keluarga dan kemudiannya bergabung menjadi keluarga besar disebut bani. Suku Badwi tidak wujud bani kerana kehidupan mereka yang sering berpindah randah dan mereka percaya semakin kecil sesuatu kelompok semakin kuat masyarakatnya.

Semangat Assabiyyah menyuburkan cirri-ciri jahilian. Tingkah laku mereka kasar terhadap puak lain. Peperangan mudah berlaku walaupun disebabkan oleh perkara – perkara kecil. Peperangan dilakukan untuk menguji kekuatan dan mengejar nama. Pernah berlaku peperangan yang berlangsung lama dan pihak yang kalah akan ditawan  dan dijadikan hamba abdi.

Akhlak yang runtuh dan tingkah laku yang kasar dan menurut peraturan dan undang-undang hawa nafsu menyebabkan tindakan mereka dilepas tanpa kawalan. Golongan bangsawan menikmati kehidupan mewah dengan melibatkan kegiatan perjudian, pelacuran dan pembunuhan. Kaum wanita dipandang hina. Bayi perempuan ditanam hidup-hidup bagi mengelakkan kesempitan hidup atau menanggung malu. Walaubagaimanapun terdapat keluarga yang menyayangi anak perempuan mereka. Darun Nadwah dijadikan tempat keramaian bagi mengisytiharkan anak perempuan mereka sebagai perempuan dewasa apabila sampai tempoh akil baligh.

Aspek Ilmu Pengetahuan :

Kebanyakkan orang Arab Jahiliah buta huruf. Walaupun terdapat di kalangan mereka saudagar-saudagar atau pedagang luar lebih maju tetapi pedagang Arab tidak mengambil peluang untuk aktiviti perdagangan yang lebih menguntungkan. Selain keuntungan mereka mengejar keseronokan. Kemahiran bersyair dan bersajak hanya digunakan untuk meluahkan perasaan melalui kata-kata yang terhasil melalui pemikiran yang sepontan. Daya hafalan yang tinggi dan keupayaan berkhutbah hanya melibatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan lampau yang kurang berkualiti ilmiahnya. Di kalangan masyarakat Arab yang terkenal kerana kebijaksanaan berniaga, hanya 17 orang sahaja yang boleh membaca dan menulis. Faktor sikap saling membenci dan sering bertelagah dan juga berperang menyebabkan ruang untuk menimba ilmu pengetahuan menjadi tertutup. Dengan itu ciri-ciri kejahilan sangat ketara di kalangan mereka.

Nilai-nilai Positif Dan Mulia Masyarakat Arab Jahiliah :

Walaupun orang – orang Arab jahilian digambarkan dengan penuh kejahilan dan kesesatan, namun orang Arab jahiliah memiliki sifat – sifat positif dan mulia. Mereka amat menghormati tetamu yang datang berkunjung ke tempatnya. Mereka akan melayan tetamu dengan memberikan jamuan yang hebat. Adakalanya mereka sanggup berhutang semata – mata ingin menghormarti tetamu yang datang walaupun tetamu itu adalah musuhnya. Di samaping itu orang Arab amat berpegang teguh kepada janji yang telah dikotakan. Mereka akan menunaikan janji walaun melibatkan soal keselamatan nyawa. Orang – orang Arab Jahiliah juga memiliki sifat – sifat positif yang lain antaranya menghormati dan mentaati pemimpin.

 

Kesimpulan :

Apa-apa sahaja yang berkaitan.

31 Responses

  1. ismail b. kabri says:

    sy nak nota ringkas tentang tamadun islam…
    dan point-point y boleh sy huraikan..
    tahun ni saya stpm,,..
    saya amat mmerlukan petolongan cikgu…

  2. rozeman bin din says:

    boleh bagi sebab-sebab masyarakat arab digelar jahiliah cikgu

    • faqihah says:

      bacalah sayang sampai habis baru kamu tau macam mana cikgu guna anak cikgu nye ape ape soalan yang kamu nk tanya tanyalah anak cikgu..

  3. hishamuddin bin abdullah says:

    note yang cikgu lampirkn mmg berguna dan mudah ingat….time kasih cikgu…..:)

  4. mas ida says:

    best sgt pages cikgu ne,, kalau boleh selitkan kertas ramalan kat sini..

  5. nur izanie binti mohd jeli says:

    terima kaseh cikgu . dengan nota yang cikgu beri . saya berjaya menyiapkan homework yang dibekalkan oleh cikgu sejarah saya dengan mudah . harap cikgu mendoakan kejayaan saya di exam akan datang :)

    • FikriFame says:

      hai awak..saya nak tanya sejarah ni payah tak..?..saya ni lepasan spm tgin jugak nk amek stpm..saya nak pendapat awk utk pdngan saya ni tlalu rumit buat keputusan msuk stpm ni?..boleh terangkan kt saya tak?

      • Eyza says:

        subj utk stpm memang payah.. so,,memerlukn kesabaran & kecekalan utk study la.. sy student stpm 2011.. :) tp thn nie ulang blik sbb pengajian am sy Out,,yg len Ok.. tp awk jgn la lemah ble bce sy pnye komen nie,,nie skdr komen sje.. act,,srnk blaja sej f6 nie..sej f6 blaja lg m’dlm taw..

  6. nurul atiqah says:

    susah nak cri maklumat tentang sejarah tamadun islam,bila buka page ni mcm2 ada…bagus sgt keje akan jd lebih mudah…dpt byk nota…

  7. syuada says:

    salam cikgu.. mid year yang lepas soalan keluar ciri2 masy. jahiliah n saya dpt huraikan semua ciri2 tu tp markah sy bwh 15 sbb tiada ciri yg positif.. sy nak tnya knp walaupun ciri2 positif x dinyatakan dlm buku rujukan , tp dlm skema jwpn majlis ada.. skema jwpn kebiasaannya diambil dari mana, knp x berdasarkan maklumat dlm buku ye?

    • fastnote says:

      Di peringkat STPM tiada buku teks yang menjadi rujukan utama, yang ada hanya buku rujukan sahaja. Pencarian maklumat diperingkat STPM hanya dipandu oleh silibus. Selagi ia dalam silibus ia diterima sebagai isi. Oleh itu jangan bergantung harap kepada satu buku rujukan sahaja. Bacalah jurnal, kertas kerja atau apa-apa yang berkaitan dengan Sejarah Tamadun Islam.

  8. my says:

    Minta izin nak simpan untuk rujukan. terima kasih

  9. iman_sarrah1207 says:

    cikgu,saya nak ambik nota yang cikgu postkan nie.Mintak halalkan ya? terima kasih.

  10. christ eyna says:

    tq tuk note nie..sgt membntu sy tuk stpm x lma lgi..

  11. aiman says:

    Jumpa juga nota tamadun islam yang lengkap…terima kasih..^_^

  12. terima ksh ckg,,ianya sesuai n ckp mudah difahami..

  13. atihah says:

    salam cikgu..tapikan sy nk tau huraian kepada struktur masyarakat hadari….

  14. rani says:

    ..makasi cikgu…amat m”bntu sy…thun ni sy ambl pepriksaan stpm…ianya sgt membantu…halalkn nota2 ye…

  15. Fiza Eija says:

    salam…cgu boleh tak sya mahu thu mengenai masyarakat jahiliah selepas kemunculan agama Islam hari ini juga..

  16. syahir says:

    sangat bagus..
    sumber ini telah banyak memberi pengetahuan untuk saya menambah ilmu bagi menghadapi peperiksaan STPM 2012.

  17. wawa says:

    tq ckgu
    kerana memberi ilmu kepada kami

  18. mustafa says:

    tq cikgu ………………. kerana tlh memberikn nota y bguna ini kpda kmi…………

  19. ezatt olivia says:

    huhuu tengs

  20. awati aziz says:

    trima ksh cikgu dgn nota yg ckgu bg ini sy dpat ciap kn hmework sy dan sy gna kn nota ckgu utk prbentangan sy..

  21. Nota yg sangat2 berguna. Thank you! :D

  22. amira says:

    apa yg cikgu buat,,sye sngat memahami yer,,makasih cingu,,mohon doa agar saya dpt jawap ujian nnt dgn mudah,,k tq

  23. salsabila says:

    saya hnya fokuskan dari aspek politik, ekonomi n sosial shja..huhu . tidak mluas sgt untuk scra trprinci. tak tgiok awal2 yg ckgu punya.hee.

  24. Azimmah Aziz says:

    Assalaam.pertama kali terjumpa page cgu jumali ini.

    tahniah pd cikgu jumali.mohon izin dari cikgu untuk saya ambil nota2 cikgu buat nota tambahan para pelajar saya.

    moga Allah memberkati usaha murni cikgu ini….

    terima kasih…. :))

  25. jeena@dhira says:

    i love sejarah..tq f4 my teacher..{salmah arif}

  26. achors says:

    asalamualaikum. . bole ker klu cikgu trut sertakan sumber2x rujukan utk nota nie. . sbb sya rasa nota2x nie sesuai dgunakan dlm assignment sya. . terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 182 other followers

%d bloggers like this: